Cari:
E-bayar Tambang Makin Popular di Beijing
2018-03-21 14:02:54 CRI Cetak

Lebih 1.6 juta pengguna pengangkutan awam di Beijing membayar tambang bas dan metro menggunakan platform e-bayar pada masa ini.

Menurut Syarikat Kad Pentabiran dan Komunikasi Bandar Beijing (BMAC) yang mengendalikan kad pintar pengangkutan awam, jumlah transaksi pembayaran tambang menggunakan platform e-bayar mencatat 600 ribu setiap hari, dan 20 juta setiap bulan.

Mod pembayaran yang memudahkan ini menjadi pilihan semakin ramai pengguna di Beijing.

Pada bulan Jun tahun lepas, BMAC telah melancarkan kad elektronik untuk alat mudah alih, membolehkan pengguna membayar tambang dengan menggunakan fungsi komunikasi jarak dekat (NFC) alat tersebut.

Pada masa ini, terdapat lebih kurang 250 jenama telefon termasuk Mi, Huawei, Samsung dan Nubia yang dilengkapi fungsi NFC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China