Cari:
Rundingan Tidak Rasmi Korea Selatan, DPRK, AS
2018-03-22 16:34:30 CRI Cetak

Rundingan tidak rasmi antara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) telah diadakan di Vantaa, Finland pada 20 hingga 21 Mac lalu.

Dalam rundingan itu, wakil ketiga-tiga pihak bertukar-tukar pendapat tentang situasi Semenanjung Korea dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama.

Pegawai Kementerian Luar Finland, Kimmo Lahdevitra dalam pengumuman bagi tiga negara itu menyatakan bahawa rundingan tersebut adalah antara beberapa pertemuan untuk membina kepercayaan dan meredakan situasi Semenanjung Korea.

Para wakil bertukar-tukar pendapat dalam suasana yang positif, namun butiran lain mengenai rundingan itu belum didedahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China