Cari:
Tiada Pemenang dalam Perang Perdagangan
2018-03-22 11:21:19 CRI Cetak

Tiada pemenang dalam perang perdagangan, ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semasa mengulas pergeseran perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan beberapa negara termasuk China baru-baru ini.

Beliau berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS dibina atas prinsip saling menguntungkan, dan China tidak hanya mengejar lebihan dagangan.

Sebanyak 45 persatuan mewakili sektor jualan runcit, sains dan teknologi, pertanian dan barangan pengguna Amerika Syarikat (AS) menggesa kerajaan Trump mempertimbangkan semula rancangan untuk menaikkan tarif import terhadap produk China baru-baru ini.

Menurut mereka, tindakan tersebut akan memberi impak negatif terhadap ekonomi AS, menambah beban syarikat dan pengguna serta menjejaskan eksport hasil pertanian dan perkhidmatan.

Hua menegaskan, China tidak mahu perang perdagangan dengan mana-mana negara. Namun sekiranya AS mengambil tindakan yang menjejaskan kepentingan China, negara ini akan mengambil tindakan balas sewajarnya untuk melindungi hak dan kepentingan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China