Cari:
Pemimpin Asing Ucap Tahniah Terpilihnya Xi Jinping
2018-03-22 11:39:38 CRI Cetak

Pemimpin beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa telah mengutus kawat tahniah kepada Xi Jinping yang sekali lagi dipilih sebagai Presiden China.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi menyatakan bahawa Presiden Xi telah menjalinkan ikatan persahabatan yang erat serta rasa saling mempercayai dan menghormati dengan Myanmar. Beliau turut menyatakan rasa gembira atas pemilihan Xi, yang dianggap akan membawa peluang baik bagi perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan, China telah mencapai kemajuan yang cemerlang di bawah pimpinan Presiden Xi, di samping itu hubungan Turki-China kian dirapatkan. Beliau percaya China akan terus mengecapi kejayaan pada era baharu.

Turut mengutus kawat tahniah, Presiden Brazil, Michel Temer, Raja Jordan, Raja Abdullah II, Pengerusi Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dan lain-lain.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump juga mengucapkan tahniah kepada Presiden Xi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China