Cari:
Rusia Sedia Siasat Bersama Kes Bekas Pengintip Diracun
2018-03-22 13:51:38 CRI Cetak

Rusia berharap Britain dapat mendedahkan semua maklumat mengenai kes bekas pengintip Sergei Skripal yang diracun, dan bersedia menjalankan siasatan bersama.

Kementerian Luar Rusia dalam satu sidang media yang turut dihadiri duta asing semalam menyatakan Rusia tidak dapat membuat sebarang kesimpulan mengenai kes tersebut sebelum mengikuti siasatan bersama.

Tegas kementerian itu, Rusia tidak terbabit dalam kes peracunan Sergei Skripal dan anak perempuannya, kerana tiada yang diperoleh dengan berbuat demikian.

Menurut kenyataan Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) semalam, kes Skripal telah dibincangkan dalam panggilan telefon antara Presiden Donald Trump dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada hari yang sama.

Kedua-dua pihak bersependapat tindakan wajar diambil untuk menggesa Rusia bertanggungjawab atas peracunan bekas pengintip itu.

Dalam pada itu, AS dan Perancis akan terus bekerjasama dengan Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China