Cari:
Xi Jinping Hubungi Macron Melalui Telefon
2018-03-23 15:13:01 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron semalam.

Macron mengucapkan tahniah kepada Xi yang sekali lagi dipilih sebagai Presiden China, sambil menyatakan beliau menghargai persahabatan antara China dengan Perancis.

Beliau berkata, persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) menjadi tumpuan perhatiannya. Beliau bersedia bersama-sama dengan Presiden Xi untuk melaksanakan pelbagai persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua pihak.

Xi pula berkata, China bersedia mengekalkan interaksi peringkat tinggi yang rapat, bagi mendinamikkan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis.

Dalam konteks situasi dunia yang rumit, China mahu berganding bahu dengan Perancis untuk memperbaiki order antarabangsa dan tadbir urus global berdasarkan multilateralisme, di samping mewujudkan sistem perdagangan global yang terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China