Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan dalam sidang akhbar semalam, China menentang keras tindakan Amerika Syarikat (AS) yang berbaur unilateralisme dan perlindungan perdagangan.
China tidak akan membiarkan hak dan kepentingan sahnya terjejas dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berharap AS dapat melihat hubungan perdagangan China-AS sebagai ikatan yang saling menguntungkan, dan mengelakkan sebarang tindakan yang membawa kerugian kepada kedua-dua pihak.
Hua berkata, China tidak menerima ungkapan "agresi ekonomi" yang disebut dalam memorandum Presiden Donald Trump semalam.
Beliau menambah, terdapat konsensus antara China dan AS untuk menangani pergeseran secara konstruktif melalui rundingan berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan, demi perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan yang sihat dan stabil.
Selaku dua entiti ekonomi terbesar di dunia, China dan AS perlu memainkan peranan positif untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dunia.