Cari:
Fasa Kedua Rundingan FTA China, Korea Selatan
2018-03-23 15:29:06 CRI Cetak

Fasa kedua pusingan pertama rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Korea Selatan diadakan di Seoul semalam.

Naib Menteri Perdagangan merangkap Naib Wakil Rundingan Perdagangan Antarabangsa China, Wang Shouwen dan Penolong Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan, Kim Young-sam mengetuai delegasi masing-masing ke rundingan tersebut.

Kedua-dua pihak berpuas hati dengan pelaksanaan fasa pertama rundingan berkenaan dan akan berunding tentang akses pasaran dalam bidang perkhidmatan dan pelaburan. Mengikut persetujuan sebelum ini, tanggungjawab kedua-dua pihak pada fasa kedua rundingan turut dibincangkan.

Seterusnya konsensus pemimpin kedua-dua negara akan dilaksanakan bagi menggalakkan fasa kedua rundingan ini membuahkan hasil, sekaligus melonjakkan kerjasama pelaburan dan perdagangan antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China