Cari:
China Naikkan Tarif Produk dari AS
2018-03-23 16:32:49 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China hari ini mengumumkan akan menaikkan tarif terhadap produk yang diimport dari Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai USD3 bilion (RM12 bilion), bagi mengimbangi kerugian susulan tindakan AS menaikkan tarif produk China.

MOFCOM mengumumkan senarai 128 jenis produk dari tujuh kategori yang akan dikenakan tarif lebih tinggi, termasuk buah-buahan, kekeras, wain, tuib keluli tidak berkelim, dan lain-lain.

Jurucakap MOFCOM berkata, tindakan AS menyekat import produk besi dan keluli serta aluminium dengan alasan "keselamatan negara" menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta order perdagangan antarabangsa.

Tindakan AS tersebut dibantah oleh pelbagai anggota WTO termasuk China.

Menurutnya, sebagai dua entiti ekonomi yang terbesar di dunia, kerjasama merupakan satu-satunya pilihan yang betul bagi China dan AS. China menggesa AS menyelesaikan pergeseran perdagangan melalui muafakat bagi mengelakkan hubungan kerjasama terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China