Cari:
Trump Kena Tarif Terhadap Produk China
2018-03-23 16:34:31 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani memorandum untuk mengenakan tarif terhadap produk yang diimport dari China, serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS.

Nilai produk China yang terlibat dijangka mencecah USD60 bilion (RM240 bilion).

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan China telah menyatakan pihaknya tidak akan membiarkan kepentingan China terjejas dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Menurut memorandum tersebut, Jabatan Perwakilan Perdagangan AS (USTR) akan menetapkan rancangan konkrit dalam masa 15 hari akan datang. USTR juga akan memfailkan dakwaan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai beberapa isu melibatkan China.

Sementara itu, Jabatan Perbendaharaan AS akan merangka pelan mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China.

Pada Ogos tahun lalu, USTR melancarkan siasatan terhadap China berdasarkan Perkara 301 Undang-Undang Perdagangan 1974 AS. Akta tersebut membolehkan wakil perdagangan negara itu menjalankan siasatan perdagangan mengenai "amalan perdagangan yang tidak adil" sebelum mencadangkan Presiden mengenakan sekatan sepihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China