Presiden China, Xi Jinping menerima watikah pelantikan yang diserahkan oleh Duta Besar yang baharu dari enam negara asing di Beijing semalam, antaranya termasuk Bahamas, Hungary, Poland, Iceland, Ecuador dan Mozambique.
Presiden Xi mengalu-alukan ketibaan mereka dan menyampaikan salam kepada pemimpin dan rakyat negara berkenaan. Kerajaan China akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada pelbagai perwakilan diplomatik dari negara asing sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di negara ini. China mementingkan hubungan baik dengan negara-negara tersebut dan komited memperkukuh persahabatan tradisional, meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, mempergiat kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya, selain merapatkan kerjasama dalam urusan antarabangsa.
Para Duta Besar dari enam negara tersebut mengucapkan tahniah kepada Presiden Xi atas terpilihnya sebagai Presiden China untuk kali kedua. Mereka menyanjung tinggi pencapaian China dalam pembaharuan dan pembangunan negara. Menurut mereka, di samping mewujudkan pembangunan sendiri, China tentu akan memberikan sumbangan lebih besar demi menggalakkan pembangunan dunia.