Pengenaan tarif tinggi Amerika Syarikat demi menyekat import produk besi dan keluli serta aluminium dipercayai menjejaskan kepentingan perusahaan berkenaan, bahkan sistem perdagangan pelbagai hala WTO serta order perdagangan antarabangsa berdasarkan peraturan.
Demikian dinyatakan oleh lebih 40 anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) termasuk 28 anggota Kesatuan Eropah dalam mesyuarat Majlis Perdagangan Kargo pada Jumaat lalu.
Menurut kenyataan WTO, wakil China dalam ucapannya menyatakan bahawa tindakan AS tersebut dilihat melanggar Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan dan Perjanjian Tindakan Jaminan WTO. China menggesa AS tidak mengambil tindakan sepihak, sebaliknya mematuhi peraturan WTO dan memelihara sistem perdagangan multilateral.
Wakil Rusia pula berkata, tindakan AS tidak selaras dengan janjinya berdasarkan peraturan perdagangan dunia. Rusia berharap agar melakukan dialog yang bersifat membina dengan AS tentang perkara ini.
Jepun, New Zealand, Australia, India turut menumpukan perhatian terhadap tindakan AS tersebut dan menggesa negara itu memelihara sistem perdagangan multilateral.