Cari:
Ulang Tahun ke-5 Gedung Peringatan Undang-Undang Asas Makau
2018-03-24 15:08:31 CRI Cetak

 

 

Sambutan ulang tahun ke-5 sempena majlis pembukaan komponen pameran baru Gedung Peringatan Undang-undang Asas Makau diadakan petang semalam. Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat China (LOCPC) di Makau, Zheng Xiaosong, Pengarah Jabatan Urusan Pentadbiran dan Undang-undang Makau, Chen Haifan, wakil Jabatan Pesuruhjaya Kementerian Luar China di Makau, atase Zhang Jian, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Rakyat Makau, Dai Zuyi dan pegawai kanan lain-lain menghadiri majlis tersebut.

Dai Zuyi dalam ucanpannya berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 pelaksanaan Undang-undang Asas Makau, dan juga ulang tahun ke-5 Gedung Peringatan Undang-undang Asas Makau. Beberapa komponen pameran yang baru seperti " Perlembagaan dan Undang-undang Asas Makau", "Bendera, Lambang dan Lagu Kebangsaan", serta bantuan sepanjang pengunjungan secara audio yang baru ditambah, dilihat amat berguna bagi para pelawat. Komponen pameran baru tersebut dipercayai akan membantu orang muda dalam memahami "Satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas secara kelas luar sekolah, dengan tujuannya membantu mereka mewarisi semangat patriotik.

Gedung Undang-undang Asas Makau yang dibangun pada tahun 2013, terdiri daripada beberapa komponen pameran yang termasuk komponen Pendahuluan, Imbas Kembali Sejarah Makau, "Satu negara, dua sistem", Pelaksanaan Undang-undang Asas dan sebagainya. Artifak sejarah dan dukumen berkaitan juga dipamerkan dalam gedung ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China