Cari:
Keuntungan PetroChina Meningkat Secara Besar-Besaran
2018-03-24 15:47:43 CRI Cetak

PetroChina mengadakan sidang media di Hong Kong semalam untuk memaklumkan keadaan pengelolaan syarikat itu pada tahun 2017. Menurut taklimat berkenaan, PetroChina berjaya memperkasakan pembaharuan dan inovasi, menurunkan kos dan meningkatkan keuntungan pada tahun yang lalu.

Jumlah penjualan PetroChina pada tahun 2017 meningkat 24.7% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat lebih RMB2.0158 trilion(RM1.343 trilion). Sementara itu, jumlah keuntungan pula meningkat 190.2% berbanding tahun sebelumnya.

Menurut PetroChina, ekonomi sejagat bagi tahun 2018 diunjur semakin pulih, persekitaran ekonomi semakin baik, pasaran petro sejagat semakin seimbang, dan ekonomi China berkembang dengan stabil, maka jumlah permintaan minyak dan gas asli akan bertambah lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China