Cari:
Sidang Ketua Perunding FTA China-Jepun-Korea Selatan
2018-03-25 15:13:17 CRI Cetak

Sidang Ketua Perunding Rundingan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) China, Jepun dan Korea Selatan diadakan di Seoul, Korea Selatan pada 23 Mac lalu. Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen, Pegawai Kementerian Luar Jepun, Yamazaki Kazuyuki, penolong Menteri Industri, Perdagangan dan Sumber Korea Selatan, Kim Young-sam mengetuai delegasi masing-masing menyertai sidang tersebut.

Ketiga-tiga pihak berpendapat, penyelesaian rundingan FTA ini secepat mungkin bersesuaian dengan kepentingan bersama dan amat bermakna bagi meningkatkan kerjasama ekonomi serantau, mewujudkan kebebasan dan kemudahan pelaburan dan perdagangan di Asia Timur. Mereka telah bertukar-tukar pendapat tentang cara menggalakkan perdagangan kargo, perkhidmatan dan pelaburan.

Penganalisis berpendapat, jika tiga pihak ini dapat mencapai kemajuan pragmatik dalam rundingan itu, ini bukan sahaja bersesuaian dengan keperluan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat, malah juga isyarat membantah perlindungan perdagangan dan memelihara globalisasi ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China