Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Naib Perdana Menteri, Ketua Pejabat Kumpulan Pimpinan Kewangan dan Ekonomi Pusat, yang juga ketua pihak China bagi dialog ekonomi komprehensif China-Amerika Syarikat (AS), Liu He menghubungi Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin melalui telefon pagi semalam.
Mnuchin menjelaskan perkembangan terkini laporan siasatan terhadap China berdasarkan Perkara 301 Undang-Undang Perdagangan 1974 AS.
Liu He menyatakan bahawa pengumuman laporan siasatan tersebut melanggar peraturan perdagangan antarabangsa, dan tidak bermanfaat bagi kepentingan China, AS, bahkan dunia. China telah membuat persiapan untuk menjaga kepentingan sendiri.
Liu berharap kedua-dua pihak mengambil sikap rasional, berusaha bersama-sama memelihara hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang stabil.
Kedua-dua pihak menyatakan akan terus mengekalkan penyelarasan tentang hal ini.