Cari:
China Sedaya Upaya Memelihara Hak dan Kepentingan Negara
2018-03-25 14:42:02 CRI Cetak

China sedang menimbang untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar untuk memelihara hak dan kepentingan sendiri berikut pengumuman keputusan siasatan perdagangan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap China.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai ketika diwawancara oleh TV Bloomberg Jumaat lalu.

Menurutnya, pelbagai negara di dunia merapatkan hubungan ekonomi hingga menjadi komuniti berkongsi nasib semasa insan.

Beliau mengaku bahawa terdapat lebihan dalam perdagangan China dengan AS, namun di samping itu terdapat defisit perdagangan antara China dengan beberapa negara, khususnya negara jiran. Ini membuktikan pelbagai negara memainkan peranan yang berbeza dalam rantaian pembekalan global. Oleh itu, pihak-pihak terlibat perlu bertindak teliti supaya mengelakkan kepentingan sendiri dan pelbagai pihak daripada terjejas.

Cui menegaskan, China tidak mahu perang perdagangan dengan mana-mana negara. Namun sekiranya AS mengambil tindakan yang menjejaskan kepentingan China, negara ini akan mengambil tindakan balas sewajarnya untuk melindungi hak dan kepentingan sendiri. Kementerian Perdagangan China telah mengumumkan akan menaikkan tarif terhadap produk yang diimport dari AS.

Menurut Cui, kerjasama China dan AS berpotensi besar dan berprospek cerah. Perkara yang penting ialah kedua-dua pihak penyelesaian masalah dengan sikap kerjasama dan konstruktif, menangani pertikaian dan pergeseran melalui rundingan dan dilaog. Konfrontasi tidak bermanfaat kepada mana-mana pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China