Cari:
Delegasi Perdagangan China Melawat India
2018-03-25 15:31:06 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan China menghantar delegasi

penggalakkan perdagangan ke India dari 23 hingga 27 Mac. Ini bagi merapatkan hubungan ekonomi dan perdagangan, mendorong kerjasama antara syarikat, dan pembangunan seimbang perdagangan antara China dengan India.

Lebih 30 wakil usahawan dari industri tekstil, perubatan, hasil pertanian, petrokimia, dan perniagaan China menyertai rombongan itu.

Sesi Promosi Ekspo Import Antarabangsa China dan Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Perdagangan China-India anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perdagangan dan Industri India diadakan di New Delhi petang semalam. Sebanyak 120 orang wakil kerajaan, persatuan industri dan perusahaan menyertai aktiviti tersebut.

Wakil China berkata, hubungan perdagangan China-India berkembang pesat dan membuahkan hasil yang memuaskan. China akan meningkatkan tahap keterbukaan pasaran, dan bersedia bekerjasama dengan India dan negara-negara lain untuk mendorong perkembangan dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sebanyak 101 kontrak yang berjumlah USD2.37 bilion (RM9.27 bilion) berjaya ditandatangani oleh perusahaan China dan India dalam sidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China