Cari:
AS Dituntut Pertahankan Perdagangan yang Terbuka dan Inklusif
2018-03-25 15:35:54 CRI Cetak

Forum Pembangunan China yang diadakan setahun sekali diadakan di Beijing semalam. Forum kali ini bertema "China pada era baharu". Beberapa pakar dan usahawan yang menyertai forum kali ini menganggap bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani memorandum laporan siasatan perdagangan baru-baru ini amat mengecewakan. Perlindungan perdagangan akan menjejaskan kepentingan pelbagai pihak.

CEO syarikat Apple, Tim Cook berkata, negara yang memeluk keterbukaan, perdagangan dan kepelbagaian akan mencapai kejayaan. Sebaliknya, negara yang menolak perdagangan dan keterbukaan akan gagal. AS dan China perlu bersama-sama membesarkan pai ini, bukannya merebutnya.

Bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Lawrence H. Summers berkata, kerjasama amat signifikan bagi AS dan China, dan ini jauh lebih penting berbanding percanggahan. Perang perdagangan tidak dapat membawa situasi menang-menang.

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy pula berpendapat bahawa perlindungan perdagangan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Muafakat dan kerjasama satu-satunya penyelesaian yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China