Cari:
AS Perlu Ketepikan Unilateralisme
2018-03-26 14:53:18 CRI Cetak

AS perlu mengetepikan unilateralisme dan amalan perlindungan perdagangan, dan menyelesaikan sebarang pergeseran melalui rundingan kerana itulah satu-satunya jalan yang saling menguntungkan.

Demikian pandangan para peserta Forum Pembangunan China 2018 yang dirasmikan di Bejing semalam.

Profesor Lawrence Henry Summers dari Universiti Harvard yang juga bekas Setiausaha Perbendaharaan AS menyatakan bahawa China melakar pencapaian mengagumkan sepanjang 40 tahun lalu berkat visi kerajaan yang mempertimbangkan isu penting dari perspektif strategik jangka panjang.

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy pula menegaskan perlindungan perdagangan merugikan semua.

Kata beliau, amalan itu perlu dihindari, meskipun sistem perdagangan multilateral sedia ada belum sempurna. Tumpuan hendaklah diberi kepada pembentukan mod baharu ekonomi dan perdagangan global.

Para peserta forum itu yakin China dan AS mampu mengembalikan hubungan perdagangan ke landasan yang lebih sihat dan stabil melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China