Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap sejumlah produk China membelakangi komitmen negara itu untuk mematuhi mekanisme penyelesaian sengketa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China ke WTO, Zhang Xiangchen dalam mesyuarat Majlis Perdagangan Barangan WTO semalam.
Menurut beliau, berdasarkan peraturan WTO dan komitmen AS tersebut, pihak AS tidak berhak menentukan sama ada anggota WTO lain melanggar peraturan WTO melalui siasatan 301 secara sepihak.
Tindakan sepihak AS bukan sahaja menjejaskan kepentingan China dan anggota WTO lain, malah merosakkan sistem perdagangan multilateral.
Zhang menyeru semua anggota WTO bersama-sama mencegah siasatan 301 diguna pakai semula dan memastikan peraturan WTO dipatuhi sepenuhnya.
Beliau menegaskan semula bahawa China sudah bersiap sedia menggerakkan peraturan WTO dan tindakan lain sewajarnya untuk mempertahankan hak dan kepentingan sendiri.