Cari:
Tindakan Sepihak AS Ketepikan Hasrat Kerjasama
2018-03-27 11:19:39 CRI Cetak

Tindakan AS melancarkan siasatan 301 terhadap China secara sepihak melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta bertentangan dengan hasrat kalangan usahawan dan peniaga kedua-dua negara untuk merancakkan kerjasama.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Luar China, Zheng Zeguang ketika berucap dalam Forum Pembangunan China 2018 di Beijing semalam.

Kata beliau, China tidak mahu perang perdagangan tercetus, tetapi tidak takut berdepan kemungkinan itu. China bersiap sedia mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan hak dan kepentingan sendiri.

AS patut bertenang dan mencari penyelesaian tuntas bersama-sama China berasaskan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan. Inilah pendekatan yang menguntungkan semua.

Zheng menyatakan, China negara membangun terbesar, manakala AS negara maju terbesar di dunia. Hubungan bilateral yang sihat, stabil dan berpanjangan sesuai dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan aspirasi masyarakat antarabangsa.

China dan AS lebih banyak kepentingan bersama berbanding perbezaan pendapat. Kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang jauh lebih penting daripada persaingan dalam beberapa sektor tertentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China