Beijing mengeluarkan plat sementara untuk menguji teknologi pemanduan pintar melibatkan kenderaan tanpa pemandu.
Sementara itu, Shenzhen mula mengumpul cadangan umum mengenai panduan ujian pemanduan pintar, menjadikannya bandar keempat di China yang akan memperkenalkan peraturan berkaitan selepas Beijing, Shanghai dan Chongqing.
Langkah serupa turut diambil beberapa bandar lain.
Para pakar berpendapat bahawa sokongan dari segi dasar akan menggalakkan pengujian pemanduan pintar, serta pengkomersialan teknologi itu pada masa depan.