Cari:
Pemimpin China Utus Takziah Kebakaran di Rusia
2018-03-27 13:31:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas kebakaran di sebuah pusat beli-belah di Kemerovo, selatan Siberia kelmarin yang meragut sekurang-kurangnya 64 nyawa.

Beliau menyampaikan rasa simpati kepada mangsa serta keluarga mereka.

Perdana Menteri Li Keqiang turut mengirim perutusan takziah kepada rakan sejawatnya, Dmitry Medvedev.

Kebakaran yang merebak di premis Winter Cherry petang Ahad, dipadamkan hampir tengah hari Isnin. Operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mencari ramai yang masih hilang, termasuk kanak-kanak.

Tiada laporan warga China maut atau cedera dalam kejadian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China