Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk China akan menjejaskan kepentingan syarikat dan pengguna di kedua-dua negara, malah seluruh Kesatuan Eropah (EU) dari perspektif jangka panjang.
Prof. Luo Hongbo dari Akademi Sains Sosial China (CASS) berpendapat bahawa dasar berbaur perlindungan perdagangan itu akan mengundang impak negatif terhadap seluruh dunia, meskipun mendatangkan faedah kepada sesetengah sektor AS dalam jangka pendek.
Prof. Luo yang mengkaji isu Itali di CASS mengambil Itali sebagai contoh.
Menurut beliau, Itali selaku negara berorientasikan eksport mengalami lebihan perdagangan dengan AS melibatkan makanan, mesin dan barangan mewah. Sekiranya AS mengamalkan perlindungan perdagangan, Itali akan terkena tempias besar.
Beliau berpendapat China dan EU perlu meningkatkan komunikasi dan bersama-sama mengambil langkah untuk menentang amalan tersebut.