Cari:
Xi Jinping Temui Kim Jong Un
2018-03-28 13:11:12 CRI Cetak

Atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping, Pengerusi Jawtankuasa Pusat Parti Buruh Korea (WPK) yang juga Setiausaha Agung Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un mengadakan lawatan tidak rasmi di China pada 25 hingga 28 Mac.

Dalam rangka lawatan tersebut, Xi telah mengadakan pertemuan dengan Kim di Dewan Besar Rakyat, Beijing.

Xi dan isteri, Puan Peng Liyuan telah mengadakan jamuan untuk menyambut kedatangan Kim dan isteri, Ri Sol Ju, serta menonton persembahan seni bersama-sama.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Perdana Menteri, Li Keqiang, Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Setiausaha Sekretariat Pusat, Wang Huning, dan Naib Presiden China, Wang Qishan.

Xi bagi pihak Jawatankuasa Pusat PKC menyatakan alu-aluan atas lawatan pertama Kim ke China ini.

Kata beliau, lawatan ini diadakan pada waktu yang istimewa dan amat bermakna, sekali gus mencerminkan Setiausaha Agung Kim dan Jawatankuasa Pusat WPK memandang berat hubungan antara dua negara dan dua parti. Lawatan tersebut dinilai tinggi.

Kim pula menyatakan bahawa banyak peristiwa penting yang menggembirakan berlaku di China baru-baru ini.

Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah diadakan dengan dijayanya pada tahun lalu, begitu juga persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun ini.

Xi dihormati oleh parti dan rakyat seluruh negara, teras pimpinan yang sekali lagi terpilih sebagai Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC).

Kata Kim, adalah wajar baginya untuk datang ke China untuk menyampaikan tahniah, sebagaimana tradisi persahabatan antara DPRK dengan China.

Situasi Semenanjung Korea mengalami perkembangan terbaharu. Kata Kim, beliau merasakan wajar baginya memaklumkan sendiri perkembangan ini kepada Xi, atas semangat kesetiakawanan.

Xi berkata, pemimpin beberapa generasi di China dan DPRK mengekalkan hubungan rapat dan saling mengunjungi seperti ahli keluarga. Sokongan yang diberikan antara satu sama lain selama ini menyumbang kepada perjuangan sosialis.

Xi yang menyatakan beliau bersama-sama Kim telah mengalami dan menyaksikan perkembangan hubungan bilateral, turut menambah bahawa kedua-dua pihak telah banyak kali menegaskan komitmen untuk terus mewarisi bahkan mengukuhkan persahabatan tradisional China-DPRK.

Inilah pilihan strategik malah satu-satunya pilihan betul berdasarkan sejarah dan realiti, situasi antarabangsa dan serantau serta hubungan China-DPRK. Fakta ini tidak akan dipengaruhi oleh sebarang peristiwa pada bila-bila masa sekali pun.

Kim Jong Un menganggap pandangan Xi Jinping mengenai persahabatan China-DPRK serta pengembangan hubungan dua parti dan dua negara amat memberangsangkan.

Kata beliau, ikatan muhibah antara DPRK dengan China yang dijalin dan dipupuk oleh pemimpin generasi lama tidak akan goyah. Meneruskan dan mengukuhkan ikatan persahabatan dengan China adalah pilihan strategik DPRK yang tidak akan berubah walau apa jua berlaku.

Kim memaklumkan bahawa lawatan beliau ini bertujuan mengatur pertemuan dengan komrad di China bagi meningkatkan komunikasi strategik dan mempererat persahabatan tradisional.

Beliau berharap akan diberi peluang bertemu Xi Jinping dengan lebih kerap pada masa depan, dan akan mengekalkan interaksi rapat melalui lawatan utusan khas serta surat-menyurat untuk membolehkan penyelarasan lebih cekap bagi pertemuan peringkat tinggi antara parti dan negara.

Dalam pertemuan kali ini, kedua-dua pemimpin saling memaklumkan situatsi domestik negara masing-masing, selain bertukar-tukar pendapat mengenai situasi antarabangsa dan Semenanjung Korea.

Xi Jinping menyatakan, situasi Semenanjung Korea menunjukkan kemajuan positif pada tahun ini. China menghargai usaha penting DPRK, dan sentiasa berusaha demi matlamat mewujudkan Sememanjung Korea yang bebas daripada senjata nuklear, menjaga kedamaian dan kestabilan, serta menyelesaikan masalah melalui dialog.

China menyeru semua pihak terlibat menyokong pemulihan hubungan antara utara dan selatan di Sememanjung Korea dan menggalakkan rundingan damai menerusi tindakan konkrit. China bersedia terus memainkan peranan membina dalam isu berkenaan, di samping berusaha bersama DPRK bagi mendorong situasi kian reda.

Kim pula menyatakan, kini situasi Semenanjung Korea mula berkembang ke arah baik. Pihaknya telah mengambil inisiatif untuk meredakan ketegangan dan mengemukakan cadangan berkaitan rundingan damai.

Kata beliau, mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear adalah pendirian DPRK, berdasarkan hasrat mendiang Pengerusi Kim Il Sung dan Setiausaha Agung Kim Jong Il.

Pihaknya komited menjadikan hubungan antara DPRK dengan Korea Selatan ikatan yang berteraskan perpaduan dan kerjasama, dan bersedia mengatur pertemuan pemimpin dengan Amerika Syarikat (AS) serta dialog utara-selatan.

Kim menambah, situasi Semenanjung Korea nescaya dapat diselesaikan sekiranya Korea Selatan dan AS membalas usaha DPRK dengan respons baik yang membawa kepada suasana tenteram dan stabil, sementara langkah progresif dan terselaras diambil untuk merealisasikan kedamaian.

Dalam proses tersebut, DPRK bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan China bagi mengekalkan dialog serta kedamaian dan kestabilan di Semananjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China