Cari:
Amalan AS Jejas Ekonomi Global
2018-03-28 12:35:23 CRI Cetak

Tindakan sepihak AS berbaur perlindungan perdagangan bukan sahaja menjejaskan hubungan ekonomi negara itu dengan China, malah merencatkan pertumbuhan ekonomi global.

Pengarah Pusat Pemerhatian Dasar China dari Sepanyol, Xulio Rios dalam temu bual bersama CRI menganggap tujuan sebenar tindakan tersebut adalah untuk mengekang China bangkit sebagai entiti ekonomi terbesar dunia.

Beliau berkata, AS tidak boleh menyelesaikan pergeseran dengan China secara sepihak, sebaliknya perlu berunding dengan memandang jauh ke hadapan.

Rios berpendapat China wajar mengambil tindakan yang diperlukan sebagai respons kepada amalan AS.

Tambah beliau, hubungan bilateral yang konstruktif bukan sahaja menguntungkan China dan AS, bahkan bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China