Cari:
Saling Hormat, Sama Rata Panduan Selesai Pergeseran
2018-03-28 12:37:37 CRI Cetak

Rundingan berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata, pendirian konsisten China dalam usaha menyelesaikan sebarang pergeseran perdagangan.

AS dan negara-negara lain diharap mencipta suasana perniagaan yang adil tanpa diskriminasi untuk semua syarikat asing termasuk China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam mengulas kekhuatiran sesetengah pihak AS bahawa pelaburan oleh syarikat dan kerajaan China dieksploitasi untuk memperoleh teknologi rahsia hingga mengancam sektor tempatan dan keselamatan negara AS.

Beliau berkata, AS banyak membangkitkan isu-isu berkaitan hubungan ekonomi dengan China dengan alasan "keselamatan negara", termasuk mengenakan tarif terhadap produk keluli dan aluminium China.

Pada hakikatnya, hanya 3% keluli yang diimport AS adalah dari China, mustahil membawa ancaman.

Dalam pertemuan dengan wakil asing ke Forum Pembangunan China 2018, Perdana Menteri Li Keqiang telah menyatakan strategi "Buatan China 2025" terbuka kepada semua syarikat. China akan memastikan teknologi syarikat asing tidak dipindahkan secara paksa dan harta intelek dilindungi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China