Kumpulan pemikir, Pusat China dan Globalisasi (CCG) mengemukakan saranan untuk menangani
ketegangan hubungan perdagangan antara China dan AS.
Saranan tersebut termasuk membina tabung pelaburan infrastruktur bersama dan mempercepat pemeteraian perjanjian e-dagang rentas sempadan.
Saranan lain, menjalin kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), khususnya melibatkan pasaran pihak ketiga; menjernihkan situasi defisit perdagangan; meningkatkan kuantiti pengimportan komoditi AS seperti sumber tenaga dan hasil pertanian; dan menurunkan tarif produk bukan keperluan asas seperti kenderaan dan barang mewah.
Turut disarankan, sistem perdagangan pelbagai hala termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimajukan untuk menggalakkan perdagangan bebas di peringkat global.