Cari:
Lawatan Kim Jong Un ke China Jadi Tumpuan
2018-03-29 12:31:29 CRI Cetak

Lawatan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un ke China pada 25 hingga 28 Mac lalu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Lawatan tersebut dianggap signifikan bagi peredaan situasi di Semenanjung Korea, bahkan serantau.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan, mengalu-alukan pertemuan antara pemimpin China dan DPRK. Rusia akan terus bekerjasama rapat dengan China untuk menggalakkan isu Asia Timur Laut diselesaikan melalui saluran diplomasi termasuk dialog langsung melibatkan semua pihak berkenaan.

Kementerian Luar Korea Selatan menilai positif pertemuan itu, dengan harapan lawatan berkenaan membantu mewujudkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear serta kedamaian berkekalan.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dalam laporannya menyifatkan lawatan Kim titik penting dalam sejarah, satu kesinambungan tradisi sejak pemimpin generasi dahulu yang membuka peluang untuk melonjakkan persahabatan ke tahap lebih tinggi.

Agensi berita RT Rusia melaporkan bahawa lawatan Kim mencerminkan ikatan kukuh China-DPRK. Mewarisi dan mengembangkan persahabatan dengan China dalam situasi baharu merupakan pilihan strategik pihak DPRK. Dengan latar belakang situasi Semenanjung Korea menunjukkan perubahan positif, lawatan Kim juga bertujuan untuk menyelaraskan pendirian dengan China dalam isu tersebut.

CNN melaporkan, pemilihan China sebagai destinasi lawatan pertama Kim Jong Un ke luar negara mencerminkan komitmen DPRK untuk meningkatkan hubungan dengan negara ini. Dalam pertemuan dengan Presiden Xi Jinping, Kim telah menyatakan hasrat kukuh untuk mewarisi persahabatan tradisional.

Akhbar Sankei Shimbun Jepun pula melaporkan, lawatan pertama Kim selaku pemimpin tertinggi DPRK memperlihatkan pengaruh China dalam isu Semenanjung Korea tidak boleh diabaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China