Cari:
Perang Perdagangan Bukan Penyelesaian
2018-03-29 16:55:51 CRI Cetak

Perang perdagangan bukanlah penyelesaian. AS patut meneliti masalah sendiri yang mengakibatkan defisit perdagangan.

Demikian pandangan Dekan Fakulti Ekonomi, Universiti Kedua Roma Itali, Giovanni Tria berhubung tindakan Presiden Donald Trump mengenakan tarif tinggi terhadap produk China.

Kata beliau, tindakan itu memperlihatkan AS bimbang akan daya saing China dalam bidang pemindahan teknologi.

Defisit perdagangan AS berpunca daripada hal ehwal dalaman, bukannya perdagangan. Penggunaan berlebihan mengakibatkan ketidakseimbangan antara import dan eksport, sementara pembaharuan percukaian menambah defisit awam yang juga menyumbang kepada defisit perdagangan.

Tria menyatakan dasar berbaur perlindungan perdagangan yang diamalkan Trump turut memberi impak serius kepada Itali dan negara Eropah lain.

Beliau menyarankan Eropah memperluas hubungan perdagangan dengan China, di samping aktif menyertai pelbagai platform multilateral seperti inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bagi mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China