Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) bakal diadakan di Boao, provinsi Hainan, China pada 8 hingga 11 April nanti.
Kerja-kerja persiapan termasuk keselamatan, pengangkutan, perkhidmatan sokongan dan katering berjalan lancar, dan dijangka siap menjelang 2 April.
Hampir 2,100 wartawan tempatan dan asing akan membuat liputan sidang tahunan ini, meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.