Kerajaan AS tidak seharusnya mempolitikkan isu perdagangan dengan China, sebaliknya berusaha menyelesaikan pergeseran melalui rundingan dalam rangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Demikian kata Profesor Steve Hanke dari Universiti Johns Hopkins AS, bekas anggota Majlis Penasihat Ekonomi White House.
Beliau berkata, tarif tinggi yang dikenakan tidak membantu menyelesaikan masalah defisit perdagangan AS.
Hanke berpendapat kerajaan AS perlu mempertimbangkan impak tindakan tersebut di peringkat global, sambil menambah bahawa AS tidak lagi layak memanggil diri sebagai penjunjung perdagangan bebas.