Cari:
China Mampu Tangkis Amalan Perlindungan
2018-03-29 17:19:50 CRI Cetak

China yakin mampu menangkis sebarang amalan perlindungan pelaburan dan perdagangan. Pintu dialog China sentiasa terbuka, namun tiada ruang untuk rundingan secara paksa.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam taklimat media hari ini menyatakan komitmen China untuk meningkatkan keterbukaan pasaran tidak akan goyah, walau apa tekanan dari luar.

Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk China, serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS mencetuskan kekhuatiran masyarakat antarabangsa.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer bagaimanapun menyatakan, tempoh notis senarai produk China berkenaan akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada 60 hari, yang bermaksud tarif baharu tidak akan berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Berhubung perkembangan ini, Gao Feng menyatakan, pendirian China tersebut tidak berubah. AS diharap memahami situasi semasa, dan akur kepada arus globalisasi ekonomi serta liberalisasi pelaburan dan perdagangan.

AS turut digesa menyingkirkan unilateralisme dan amalan perlindungan perdagangan, di samping mengambil langkah untuk menyelesaikan pergeseran melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China