Cari:
Persahabatan, Legasi Pemimpin Dahulu
2018-03-30 14:43:28 CRI Cetak

Lawatan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un ke China pada 25 hingga 28 Mac lalu, peristiwa bersejarah yang memperlihatkan komitmen DPRK untuk mewarisi dan mengembangkan persahabatan tradisional dengan negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea (WPK), Choe Hwi dalam ulasan yang diterbitkan akhbar "Rodong Simun" semalam.

Beliau menyatakan persahabatan antara DPRK dengan China, legasi dan khazanah yang ditinggalkan pemimpin generasi dahulu. Jejak langkah mereka akan diwarisi untuk melonjakkan ikatan ke tahap lebih tinggi.

Stesen Televisyen Pusat Korea (KCTV) pula melaporkan reaksi positif pelbagai lapisan masyarakat DPRK yang menganggap lawatan Kim ke China akan mengukuhkan persahabatan tradisional.

KCTV turut menayangkan filem dokumentari berdurasi kira-kira 40 minit mengenai lawatan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China