Moscow akan mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat (AS) dan menutup konsulatnya di Saint Petersburg sebagai membalas tindakan sama Washington berhubung kes peracunan bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal.
Keputusan itu telah dimaklumkan dalam notis Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov semasa bertemu dengan Duta Besar AS, John Huntsman semalam.
Rusia menyenaraikan 58 pegawai kedutaan AS dan dua pegawai konsulat di Yekaterinburg sebagai "orang yang tidak dikehendaki" dan menuntut mereka meninggalkan Rusia sebelum 5 April.
AS yang didakwa sering menghasut sentimen anti-Rusia, digesa menghentikan sebarang tindakan yang menjejaskan hubungan bilateral.