Cari:
Dua Lagi Satelit Beidou-3 Dilancar
2018-03-30 14:10:29 CRI Cetak

China berjaya melancarkan dua lagi satelit Beidou-3 dengan roket pembawa Long March-3C dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, provinsi Sichuan awal pagi tadi.

Dua satelit itu adalah yang ketujuh dan kelapan bagi projek Beidou-3, serta ke-30 dan ke-31 bagi keluarga Sistem Satelit Pandu Arah Beidou (BDS) China.

Dua satelit tersebut masuk ke orbit lebih 3 jam selepas dilancarkan dan akan menyertai enam satelit serupa selepas selesai fasa ujian.

Menurut rancangan, BDS akan menyediakan perkhidmatan kepada negara dan wilayah yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menjelang penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China