Cari:
Perlindungan, Amalan Menutup Pintu
2018-03-31 16:15:26 CRI Cetak

China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka bagi mewujudkan pembangunan yang lebih berkualiti. Hal ini selaras dengan kepentingan rakyat China, di samping memberikan manfaat kepada semua negara.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi semalam.

Wang Yi menegaskan bahawa keterbukaan harus bersifat dua hala. China membuka pintu kepada negara-negara lain, yang turut diharap berbuat sedemikian.

Pergeseran, suatu perkara biasa dalam perdagangan antarabangsa, patut diselesaikan melalui rundingan berdasarkan undang-undang dan peraturan berkaitan.

Amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang bertentangan dengan arus sejarah, pasti akan gagal, malah merugikan pengamal itu sendiri.

Tambah beliau, China bersedia berkongsi peluang pembangunan dengan semua negara. Perlindungan, amalan menutup pintu kepada China, bagaikan "pedang makan tuan" yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Masa dan fakta akan membuktikannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China