Cari:
Tiada Untung Perang Perdagangan
2018-03-31 16:15:57 CRI Cetak

Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap produk besi dan aluminium China menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa, termasuk kalangan usahawan dan peniaga Jerman.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Dasar Ekonomi Luar, Kementerian Ekonomi dan Sumber Tenaga Jerman, Karl Wendling berkata, pergeseran perdagangan antara China dan AS bukan sahaja memberi impak kepada dua negara itu sendiri, malah Eropah dan seluruh dunia. Pergeseran itu turut menggoncang pasaran ekonomi global. Tiada mana-mana pihak yang akan mendapat untung dalam perang perdagangan.

Kata beliau, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Jerman selama dua tahun berturut-turut. Jerman dan China mempunyai hasrat yang sama dalam usaha menggalakkan globalisasi, menyokong perdagangan bebas dan menentang perlindungan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China