Keterbukaan diperlukan untuk menjana pembangunan baharu di Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS).
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang kemuncak ke-6 Kerjasama Ekonomi GMS di Hanoi, Vietnam hari ini.
Kata beliau, negara-negara GMS perlu meningkatkan lagi kebebasan perdagangan dan pelaburan, menyokong sistem perdagangan mutilateral dan menggalakkan globalisasi ekonomi menuju ke arah yang lebih terbuka, inklusif, seimbang dan saling menguntungkan.
China menyarankan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka, di samping terus meningkatkan keterbukaan demi situasi menang-menangdan, dan menentang fahaman perlindungan perdagangan.
Wang menegaskan bahawa amalan perlindungan perdagangan menjejaskan kepentingan pihak lain, dan tidak membawa sebarang manfaat kepada diri sendiri.