Cari:
Kota London Sedia Bantu Pembangunan Xiong'an
2018-04-01 13:27:51 CRI Cetak

Kota London yang berpengalaman dalam pembinaan bandar pintar bersedia membantu Daerah Baharu Xiong'an mewujudkan pembangunan pintar dan hijau.

Demikian dinyatakan oleh Lord Mayor Kota London, Charles Bowman dalam satu temu bual di Beijing baru-baru ini.

Datuk bandar ke-690 bagi Kota London itu telah mengetuai delegasi peniaga ke Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong baru-baru ini.

Bowman memaklumkan, Kumpulan Canary Wharf telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Daerah Baharu Xiong'an pada Januari lalu. Pihaknya bersedia berkongsi pengalaman pembangunan dengan rakan-rakan di China.

Kota London juga bersedia berkongsi ilmu profesional melibatkan sektor kewangan dan perkhidmatan dengan China untuk menyumbang kepada pembangunan bandar pintar di negara ini, bahkan seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China