Cari:
Xiong'an, Perintisan Signifikan
2018-04-01 16:07:33 CRI Cetak

Pada 1 April 2017, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) dan Dewan Negara memutuskan untuk menubuhkan Daerah Baharu Xiong'an. Keputusan itu merupakan pilihan strategik bersejarah yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PKC berteraskan Xi Jinping.

Kini, sebuah bandar pintar yang berorientasikan teknologi maklumat dan industri pembuatan canggih sedang dibina di Xiong'an.

Di samping itu, landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Beijing dengan Xiong'an juga turut dibina berdasarkan piawaian yang paling tinggi.

Sejak berlakunya krisis gadai janji subprima di AS pada tahun 2008 dan krisis hutang di Eropah pada tahun 2010, China telah bangkit sebagai penjana utama pertumbuhan ekonomi global.

Pada masa yang sama, China semakin berkeyakinan terhadap jalan pembangunan sendiri, dan turut memainkan peranan dalam usaha menggalakkan perdagangan bebas dan inovasi di lingkungan sejagat.

Kebangkitan China dengan menerapkan hasil pencapaian tamadun Timur dan Barat moden, bakal membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.

Kebangkitan ini yang bukan sahaja dimiliki China, malah seluruh dunia, adalah satu perintisan penting terhadap pembangunan dan kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China