Cari:
Stephen Hawking Selamat Disemadikan
2018-04-01 17:07:31 CRI Cetak

Upacara persemadian Stephen Hawking, ahli sains tersohor Britain diadakan di Universiti Cambridge semalam.

Kira-kira 500 orang termasuk anggota keluarga, rakan sekerja dan kawan beliau menghadiri upacara tersebut, sementara lebih 3,000 lagi penduduk awam dan wartawan berkumpul di luar gereja untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Hawking.

Loceng dibunyikan sebanyak 76 kali bagi memperingati pemergian beliau.

Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun, 14 Mac lalu.

Pemergian beliau diibaratkan oleh akhbar Guardian sebagai gugurnya bintang yang paling gemilang di alam sains.

Datuk Bandar Cambridge, George Pippas yang turut hadir, menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Stephen Hawking, sambil menyatakan sumbangan beliau terhadap kemajuan sains akan terus menginspirasikan keberanian dan membawa harapan kepada seluruh umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China