Amerika Syarikat (AS) diharap menarik balik keputusan berkaitan perdagangan dengan China, langkah yang disifatkan sebagai pelanggaran peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), bagi mengelakkan kerjasama antara kedua-dua negara terus terjejas.
Seruan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China semalam, ketika mengulas tentang keputusan China menaikkan tarif terhadap produk yang diimport dari AS.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China memutuskan untuk mengenakan tarif lebih tinggi terhadap 128 jenis komoditi AS, iaitu 15% dan 25%, bermula 2 April.