Cari:
Mesir, Jordan Gesa Lindung Hak Rakyat Palestin
2018-04-02 16:10:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesir dan Jordan mengecam kejadian anggota tentera Israel menembak mati penunjuk perasaan dari Palestin di Genting Gaza baru-baru ini. Masyarakat antarabangsa digesa memikul tanggungjawab berkenaan untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin.

Seruan itu dibuat oleh Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Jordan, Ayman Safadi dalam sidang media bersama di Kaherah semalam.

Shoukry berkata, Mesir akan terus menggesa pelaksanaan resolusi antarabangsa berkenaan bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat Palestin dijamin.

Safadi pula berkata, Palestin patut mencari jalan penyelesaian melalui saluran politik untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyatnya. Jordan juga mengutuk keras segala tindakan yang akan menjejaskan dan menghalang pelaksanaan pelan "penyelesaian dua negara" bagi mewujudkan kedamaian antara Palestin dengan Israel.

Shoukry dan Safadi turut menggesa Amerika Syarikat segera mengambil tindakan sewajarnya agar mendorong konflik diselesaikan melalui saluran rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China