Cari:
Ekspo PECC Bakal Diadakan di Tianjin
2018-04-03 11:29:54 CRI Cetak

Ekspo Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC) akan diadakan serentak dengan Pameran Perdagangan dan Pelaburan Tianjin China 2018 pada 13 hingga 17 April.

Dalam satu taklimat media semalam, puluhan diplomat dari negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan dijemput hadir dan menyampaikan ucapan berkaitan perkembangan kerjasama ekonomi antarabangsa.

Ekspo PECC akan menjadi wadah penganjuran sepuluh aktiviti bertema ekonomi dan perdagangan, termasuk dialog, pemasaran dan penyelarasan antara para peniaga, untuk mendorong kerjasama dan interaksi bilateral serta multilateral antara syarikat Tianjin dengan syarikat dari negara B&R dan anggota PECC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China