Cari:
Kerjasama Bank China dan Asing demi B&R
2018-04-03 12:45:22 CRI Cetak

Wakil sektor perbankan China dan asing telah membincangkan kerjasama kewangan di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dalam satu forum kerjasama rentas sempadan di Shanghai semalam.

Presiden Bank Shanghai, Jin Yu berpendapat bahawa dengan panduan inisiatif B&R, pelaburan dan pembangunan serantau akan semakin giat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkembangan ini akan membawa kepada peningkatan permintaan terhadap pengantarabangsaan mata wang renminbi (RMB), kewangan rentas sempadan serta pengumpulan modal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank OCBC Singapura, Samuel Tsien pula menyatakan, banknya akan menyediakan lebih banyak bantuan dari segi penyelarasan, sumber dan pendanaan kepada syarikat antarabangsa untuk membolehkan mereka meneroka perniagaan di seberang laut, sekali gus memberi sumbangan lebih besar terhadap pembinaan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China