Cari:
Pertemuan Pemimpin Jepun, AS Bakal Diadakan
2018-04-03 11:31:49 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengatur lawatan ke Amerika Syarikat pada 17 hingga 20 April dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump.

Rancangan itu diumumkan dalam mesyuarat kerajaan bersama parti pemerintah yang diadakan petang semalam

Laporan media tempatan memetik Abe sebagai berkata, isu Semenanjung Korea dan perdagangan antara topik yang ingin dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Agenda lawatan Abe termasuk kunjungan ke Florida.

Kata Abe, tekanan semaksimum mungkin perlu dikenakan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), jika mahu negara itu mengambil tindakan konkrit untuk melucutkan program senjata nuklear dan ujian peluru berpandu balistik.

Isu penculikan warga Jepun oleh DPRK juga akan dibangkitkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China