Cari:
Pentadbiran Imigresen Negara Dirasmikan
2018-04-03 12:39:04 CRI Cetak

Jabatan Pentadbiran Imigresen Negara Republik Rakyat China dirasmikan semalam.

Menurut pelan untuk mengintensifkan pembaharuan terhadap institusi parti dan kerajaan, jabatan yang dahulunya bertanggungjawab atas urusan tersebut serta pemeriksaan sempadan telah digabungkan, dengan tujuan menyempurnakan mekanisme pengurusan berkenaan.

Jabatan baharu itu yang akan mengendalikan segala urusan keluar masuk negara, adalah di bawah kelolaan Kementerian Keselamatan Awam.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Jawatankuasa Politik dan Perundangan, Guo Shengkun yang menghadiri majlis perasmian tersebut menyatakan hahawa kerja penggabungan institusi, pekerja, fungsi dan urusan perlu dipercepat.

Pentadbiran juga perlu dipastikan mengikut undang-undang untuk membolehkan perkhidmatan dan kemudahan lebih baik disediakan kepada warga tempatan dan asing di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China