Cari:
Rusia Tetap Nanti Pertemuan Antara Presiden
2018-04-05 16:12:29 CRI Cetak

Rusia tetap berharap pertemuan dapat diatur antara Presiden Vladimir Putin dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov semalam dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, hubungan kedua-dua negara terperangkap dalam krisis ekoran tindakan sepihak yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, interaksi antara pemimpin negara adalah saluran penting untuk memulihkan hubungan dan dialog politik, yang juga signifikan buat situasi dunia.

Hasrat Rusia untuk mengadakan pertemuan antara dua presiden tidak perlu diragui.

Tambah beliau, situasi politik domestik AS telah memberi impak negatif kepada topik perbincangan antara pemimpin. Rusia bagaimanapun akan sedaya upaya menjadikan pihak AS menyedari pentingnya pertemuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China